Kepada warga Portal SMKC sila daftarkan diri anda untuk mendapat kelebihan dari portal ini. Sila klik di sini untuk pendaftaran.
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2009 Tarikh: 30 Disember 2008. Masa: 8.00 Pagi. Tempat: Dewan Cakna. Kehadiran: Semua guru diwajibkan hadir. Web SMK Chalok Model Khas Tergendala Pihak pengurusan memohon maaf kepada pengunjung setia smkchalok.net kerana web kami tergendala selama lebih dua minggu dari 1 - 19 Disember disebabkan masalah teknikal. smkchalok.net telah kembali online seperti biasa dan segala kesulitan amat dikesali. Program Bakti Kemasyarakatan Pelajar PMR Di Tasik Kenyir 3 Nov. Pelajar-pelajar PMR SMKC mengadakan program bakti kemasyarakatan di tasik Kenyir bermula hari ini hingga 6 Nov 2008. Program ini dijalankan dengan kerjasama Unit Bimbingan & Kaunseling dan Panitia Sivik.Berita selanjutnya akan menyusul.... Pelajar-pelajar sedang bersiap sedia untuk bertolak ke Tasik Kenyir. Gambar-gambar akan dikemaskini sedikit masa lagi. Jamuan Hari Raya dan Majlis Tahlil Peringkat Sekolah 22 Okt. Sambutan Hari Raya dan jamuan makan telah diadakan di SMKC dengan meriahnya. Pelajar-pelajar berkumpul di Dewan Cakna untuk mengikuti ceramah motivasi yang disampaikan oleh En. Ghazal Ibrahim dari LPPKN. Majlis tahlil diketuai oleh Ustaz Aziz sebelum semua pelajar menghadiri jamuan makan tengahari di surau. Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya 16 Okt. Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SMKC telah menganjurkan Jamuan Akhir Tahun dan Hari Raya di Sutra Beach Resort pada pukul 2.00 petang dan berakhir kira-kira 4.00 petang. Kehadiran guru dan kakitangan cukup memeriahkan majlis tersebut dan berjalan dalam suasana yang ceria. Acara yang paling ditunggu-tunggu ialah cabutan bertuah di mana kesemua yang hadir berjaya memperolehi hadiah masing-masing.
Demam Peperiksaan PMR sudah bermula 13 Okt. Seramai 214 calon peperiksaan PMR dari SMK. Chalok Model Khas mula menduduki peperiksaan mulai hari ini (13 Okt) hingga 17 Okt. 2008. Sebelum peperiksaan bermula, Pengetua SMKC Pn. Hajah Latifah Bt. Dollah telah memberikan amanat terakhir kepada calon-calon agar peperiksaan kali ini bakal memberikan keputusan lebih gemilang berbanding tahun sebelumnya. Program Bakti Kemasyarakatan di Pulau Redang Tips Menjimatkan Petrol (klik pada gambar) Program Ambang Aidilfitri dan Cakna Anak Yatim/Miskin Majlis Berbuka Puasa Bersama Calon Cemerlang Peperiksaan Awam 2008
11 September-SMKC telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bagi meraikan calon-calon peperiksaan awam upsr, pmr, spm dan stpm 2008 di Hotel Grand Continental Kuala Terengganu.
SAMBUTAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH 28 Ogos-Majlis Sambutan Kemerdekaan peringkat sekolah telah diadakan di SMK. Chalok Model khas. Program ini diadakan bagi memupuk semangat cintakan negara dan menghargai pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan. Antara aturcara yang diadakan pada hari tersebut ialah membaca perutusan, nyanyian lagu-lagu patriotik, solat hajat, bacaan yassin dan ceramah. Guru SMK. Chalok 2008 (Klik untuk gambar penuh) SAMBUTAN HARI KO-SUKAN & KAUNSELING MERIAH 29 Julai-Sambutan Hari Ko-Sukan & Kaunseling yang diadakan hari ini meriah dengan pelbagai acara dan gerai-gerai jualan.
Wajah-wajah ceria Hari Ko-Sukan Majlis Pertukaran PK HEM SMK. Chalok Model Khas 18 Julai - Majlis pertukaran PK Hem, En. Mohd Zulkifli Bin Mohd Salleh telah diadakan pagi ini di Dewan Cakna sempena pertukaran beliau ke SMK. Langkap. Beliau telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran dan memulakan tugas barunya di SMK. Langkap pada hari ini. Tempatnya telah diganti oleh Ketua Bidang Kemanusian, Cik Noriha Bt Seman sebagai PK Hem SMK Chalok yang baru.
SAMBUTAN HARI KUALITI (Q) 2008 Sambutan Hari Q akan diadakan pada 24 Julai 2008 bertempat di Dewan Cakna SMKC. Berita selanjutnya menyusul....
SMKC - Kempen Derma Darah SMKC 2008 telah diadakan pada 3 Ogos 2008. Seramai 54 orang pelajar termasuk guru telah menderma darah pada hari tersebut. Kempen ini dijalankan dengan kerjasama Unit Kaunseling SMKC dan Unit Tabung Darah Hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu. Kempen ini telah menimbulkan kesedaran kepada semua pihak bertapa pentingnya mereka membantu golongan yang memerlukan. Bagi seorang guru yang enggan namanya disiarkan, merasa cukup bertuah kerana buat pertama kalinya menderma darah kepada yang memerlukan. Beliau begitu terharu dan berharap dapat menderma lagi di masa depan.
Kursus Nadwah Penghayatan Islam Pelajar SPM & STPM
Kursus ini telah diadakan pada 24 - 25 April 2008 di SMKC dengan disertai oleh semua pelajar SPM dan STPM yang akan menduduki peperiksaan pada tahun ini.
Sila klik pada gambar untuk melihat foto-foto kursus.
Kursus ini telah diadakan pada 26 April 2008 bertempat di makmal komputer SMKC dengan kehadiran guru seramai 35 orang. Kursus ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang.
Seorang wanita sedang bekerja di sebuah pejabat pos di California. Beliau tidak menggunakan span untuk perekat sampul suratnya tapi sebaliknya menjilat pelekat sampul surat yang dipegangnya. Pada hari yang sama juga wanita itu mendapati terdapat satu luka kecil pada lidahnya.
Luka itu membengkak. Wanita tersebut terus pergi berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana risau akan lukanya. Tetapi setelah diperiksa oleh doktor tiada apa yang tidak kena dengan lidah beliau dan doktor menganggap bahawa ia hanya lah luka kecil dan bengkak biasa. Sila klik Baca lagi......
Majlis Temu Murni Ibu Bapa Pelajar Peperiksaan Awam 2008 Tuan Pengetua SMK Chalok Model Khas, Pn. Latifah Binti Dollah bersama YB. Tuan Haji Ashaari Bin Idris(tengah) ADUN Langkap merangkap Exco Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita Negeri Terengganu dan Pegawai Pelajaran Daerah Setiu. Klik gambar untuk ke galeri foto
Pertandingan Kawad Kaki unit-unit beruniform SMK Chalok Model Khas telah diadakan pada 10 April 2008. Pasukan Puteri Islam telah merangkul kejuaraan diikuti pasukan Kadet Bomba dan tempat ketiga Pasukan Kadet Polis. Klik pada gambar untuk ke galeri foto.
Pengetua SMK Chalok Model Khas, Puan Hajah Latifah Bt. Dollah menyampaikan watikah perlantikan pengawas kepada pelajar-pelajar yang terpilih. Klik pada gambar untuk melihat galeri foto.
Pengerusi Kelab Guru SMK Chalok Model Khas, En. Ahmad Ruzaini Ibrahim menyampaikan hadiah kepada bekas pengetua SMKC Tuan Haji Shamsuddin Derahman yang telah bertukar ke SMK Guntung. Klik pada gambar untuk melihat galeri foto.
to all 5sc1 students.... please do remember that you have a great task and exam for this year... do your very best to gain excellence..
my best regards on the new year to you and your classmates... (
Salam untuk semua warga SMKC. Selamat tahun baru (hijrah dn masehi) Selamat mennempuh tahun baru dengan semangat baru serta azam baru...
Kepada anak anak pelajar semua, belajarlah dengan penuh minat